Wednesday 19 March 2014

ACARA PENUTUP HARI KRAFTANGAN MALAYSIA 2014..


Bertempat di Pusat kraftangan Jalan Conlay Kuala Lumpur,Persatuan Kumpulan Kuda Kepang Sinar Warisan sekali lagi menjadi penyeri acara penutup bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kraftangan Malaysia pada 8 mac 2014.Pelbagai reaksi dan ragam para penonton yang menyaksikan keasyikan persembahan permainan kuda kepang yang ditunjukkan oleh kumpulan kami.buat pertama kali yang melihat ianya memang suatu keterujaan dan keanehan bagi mereka yang menyaksikan persembahan itu tetapi apa yang pasti kumpulan kami cuba melakukan persembahan yang terbaik bagi memuaskan hati penonton yang hadir pada hari itu dan kami yakin ianya adalah sesuatu pengalaman yang unik bagi mereka yang pertama kali melihat aksi Kumpulan Kuda Kepang Sinar Warisan.Walau apapun pihak kami berterima kasih kepada penonton yang hadir untuk melihat persembahan kami.
 







Wednesday 5 March 2014

LAWATAN 40 ORANG PELAJAR DARIPADA UITM SEGAMAT.


Pada tarikah 28 februari 2014,upacara pembukaan Persatuan Kuda kepang Sinar Warisan dihadiri oleh seramai 40 orang pelajar daripada uitm segamat untuk menyaksikan persembahan Kumpulan Tarian Kuda Kepang Sinar Warisan.Keterujaan melihat keunikan seni tari kuda kepang bukan sahaja hanya, melihat, malahan mereka diberi peluang untuk mempelajari gerak tari,serta alatan muzik yang dimainkan di dalam tarian kuda kepang.Di sini kami daripada kumpulan kuda kepang sinar warisan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 40 pelajar yang hadir menyaksikan tarian kumpulan kami dan kami juga sentiasa mengalu-alukan kehadiran sesiapa sahaja untuk menyaksikan tarian kuda kepang kumpulan sinar warisan.
di sini kami juga mengalu-alukan kehadira sesiapa sahaja untuk menyaksikan persembahan kami yang akan datang bertempat di Pusat Kraftangan di Jalan Conlay Kuala Lumpur pada 8  mac 2014 jam 8.30 malam sebagai upacara penutup hari kraftangan kebangsaan 2014.yok, nonton jaranan kepang mbah Naim!







javanese music instrument