Monday 14 April 2014

RAKAMAN PERSEMBAHAN KUDA KEPANG SINAR WARISAN BERSAMA TV AL HIJRAH.

Pada tarikh yang sama berlangsungnya Bengkel kesenian anyaman kuda kepang anjuran JKKN 12 april 2014,Persatuan Kumpulan Kuda Kepang Sinar Warisan meneruskan aktiviti membuat persembahan tarian kuda kepang pada malam hari untuk menjayakan rakaman persembahan kuda kepang bersama TV Al hijrah.(gambar di bawah)



 

 



PROGRAM BENGKEL KEMAHIRAN SENI ANYAMAN KUDA KEPANG 2014 ANJURAN JKKN.

Tanggal 12 april 2014  hari sabtu yang lalu,Persatuan Kumpulan Kuda Kepang Sinar Warisan dengan rasminya menjadi tuan rumah bagi menjayakan Program Bengkel Kemahiran Seni Anyaman Kuda Kepang anjuran daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara,Johor(JKKN) bagi tahun 2014.Kumpulan Kuda Kepang Sinar Warisan diberi tugas untuk mengajar para peserta yang menyertai program ini cara pembuatan kraftangan anyaman kuda kepang.Seramai lebih kurang 20 peserta yang hadir terdiri daripada pelajar-pelajar dan kakitangan IPTA dan juga IPTS berserta lima orang tenaga pengajar terlibat dalam menjayakan program ini.Program kesenian bengkel anyaman kuda kepang ini bermula seawal jam 9.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang.Majlis penutup dirasmikan oleh Pengarah daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara,Johor(JKKN) iaitu En Abdul Hamid Bin Hj Muhamad serta diiringi persembahan tarian barongan,kuda kepang serta silat.























Kami daripada Persatuan Kumpulan Kuda Kepang Sinar Warisan mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada para peserta dan pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Bengkel Kemahiran Seni Anyaman Kuda Kepang 2014 anjuran daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara,Johor(JKKN).Kami berharap agar apa yang dipelajari menjadi suatu lagi lembaran baru kepada para peserta bagi menaikkan lagi seni yang kian pudar ini.Kami juga memohon maaf atas kekurangan daripada pihak kami sepanjang mengendalikan program kesenian ini.






  

javanese music instrument