EN NAIM BIN MARJANI
017-7805919
Kumpulan Kuda Kepang Sinar Warisan
94-16,Kg Sg Nibong,
83600 Semerah,
Batu Pahat,Johor.
En Naim bin Marjani@Hj Ridzuan’72’ merupakan pengarah
dan juga ketua di dalam Kumpulan Kuda Kepang Sinar Warisan Sg Nibong Batu Pahat
Johor. En Naim mula bergiat dalam tarian
kuda kepang ini seawal umur 18 tahun. Hubungan beliau dengan kuda kepang begitu
akrab dan sudah menjadi darah dagingnya. En Naim bin Marjani telah
dikurniakan tujuh orang anak perempuan
hasil perkhawinan dengan Pn Sidah Binti Abdul. Dengan hasil kuda kepang jugalah
beliau manampung pembelanjaan keluarga,membeli tanah dan membuat rumah
sehinggalah dapat memiliki bengkel dan dapat mengupah pekerja.Beliau yang berketurunan
jawa telah mewarisi bakat ayahnya yang juga seorang penari kuda kepang dan pembuat
kraf seketika dahulu, berazam untuk
meneruskan usaha-usaha kraftangan dan tarian kuda kepang ini agar terus
berkekalan dan menjadi warisan kebanggaaan warga Kg Sg Nibong. Di dalam
melakukan kerja-kerja membuat kraftangan,beliau amat mementingkan kekemasan dan
penelitian.Bagi beliau penelitian amat penting dalam melakukan kerja-kerja
kraftangan bagi menunjukkan tingginya martbat seni orang melayu.Walaupun banyak
rintangan dan cabaran yang harus ditempuhi,namun minat yang mendalam dan semangat
yang tinggi ingin menjadikan kuda kepang dikenali oleh masyarakat akhirnya
membuahkan hasil.Kini, hampir 55 tahun berlalu ,En Naim dapat berbangga dengan
kuda kepangnya kerana sudah mampu memiliki bengkel ,pekerja tetap,pekerja
sambilan dan bengkelnya juga menerima pelajar pusat pengajian tinggi bagi
menjalani latihan praktikal. Kesetiaan terhadap
kuda kepang juga berbalas apabila menerima banyak anugerah peringkat
daerah,negeri,dan kebangsaan.Paling membanggakan bagi beliau apabila dianugerahkan
tokoh warisan johor pada tahun 2008.Walaupun ditenggelami arus kemodenan gaya
hidup masyarakat kini, namun En Naim
akan terus kekal bersama kuda kepangnya selagi hayat dikandung badan.
kudakepangnaim@gmail.com
fazrin.abdrahman@gmail.com
https://www.facebook.com/groups/284149641663518/
fazrin.abdrahman@gmail.com
https://www.facebook.com/groups/284149641663518/
Hadapan rumah En naim Marjani |
Google map
No comments:
Post a Comment