Kuda kepang adalah sejenis
tarian tradisi yang dimainkan oleh masyarakat jawa .Tarian kuda kepang mempunyai
pengaruh latar belakang Jawa yang jelas, bertepatan dengan sejarahnya yang
menyatakan bahawa ia berasal dari Jawa Timur. Kuda
kepang dikenali dengan pelbagai nama seperti jaran kepang, kuda lumping,
jathilan dan ebeg.Ia dibawa masuk oleh masyarakat Jawa yang berhijrah ke negara
ini dan kekal hingga sekarang tanpa banyak pengubahsuaian.
Tarian
kuda kepang dicipta oleh Wali Sembilan yang hidup di Tanah Jawa pada abad ke-15
sebagai tarikan dalam usaha mereka menyebarkan syiar Islam di tanah Jawa dalam usaha
mengembangkan Islam di kawasan pedalaman di Jawa,Wali Songo menghadapi
kesulitan untuk mendekati orang-orang di sana. Beliau mendapat idea untuk
menari-nari sambil menunggang kuda.Dalam peralihan waktu, kuda-kuda itu
ditukar dengan kulit binatang atau buluh bagi menggantikan kuda sebenar.Ada
pula yang berpendapat asal usul tarian ini ada kaitan dengan Saidina Ali. Untuk
meniru gerak langkah bala tentera Saidina Ali maka lahirlah tarian kuda kepang. Peristiwa peperangan yang dilalui Rasulullah SAW dan para sahabat disampaikan dalam
bentuk tarian.
Pendapat lain pula menghubungkan asal usulnya dengan alam kayangan. Seekor kuda kayangan bernama Kuda Sembrani dikatakan turun di Jawa untuk mencari kawannya yang hilang. Setelah berjumpa mereka menari-nari keseronokan.

Menurut Naim Marjani, (pengiat seni kuda kepang) kuda kepang itu mendapat namanya daripada kuda anyaman yang disebut
“kepang”jalinan atau anyaman, kuda-kudaan atau kuda tiruan yg dibuat drpd kayu atau yg dianyam utk permainan. Pada awalnya, kuda anyaman yang dikepit di celah
kelengkang penari menggunakan daun pandan tetapi kini ada yang diperbuat
daripada papan lapis atau kulit lembu.
Kuda kepang juga biasanya hitam
dengan bulu tengkuk berwarna kuning dan kebelakangan ini, ada juga yang
membalutnya dengan baldu, terutama kumpulan yang kerap membuat persembahan di
peringkat lebih tinggi.untuk membuat satu persembahan, antara 20 hingga 25
orang diperlukan.
“Sembilan adalah penari,
lima pemuzik manakala selebihnya adalah “danyang”.
“Penari pula mengatur gerakan mengikut tempo muzik,”.
“Danyang” adalah penjaga
atau gembala kuda kepang yang menggunakan cemeti untuk mengawal gerak tari
serta tingkah laku penunggang kudanya.
Tempoh sesuatu persembahan bergantung
kepada majlis dan suasana semasa berlangsungnya persembahan itu.Sepuluh minit atau empat puluh minit adalah masa bagi
persembahan tarian biasa kuda kepang sebagai penyeri sesuatu majlis perkahwinan.Namun,bagi persembahan kuda kepang mabuk,ada yang mendakwa pernah
menyaksikan persembahan maraton yang berlarutan sehingga beberapa jam dan
pernah juga berlaku persembahan yang bertahan hanya beberapa minit apabila
penunggang kuda berkelakuan liar dan pertunjukan terpaksa dihentikan dengan
serta-merta.
Berbeza dengan tarian kuda kepang biasa dimana tarian kuda kepang mabuk terdapatnya beberapa orang penari akan naik syeikh (mabuk) setelah persembahan rasmi tamat. Mereka yang “naik syeikh” ini boleh melakukan gerak geri aneh yang pasti tidak dapat dilakukan dalam keadaan siuman. Umpamanya, melompat setinggi enam atau tujuh kaki, meniti diatas sebatang buluh atau kayu licin, memakan kaca juga mengupas kelapa dengan gigi. Semasa penari-penari sedang “naik syeikh” , bunyi-bunyian pengiring penari akan terus dimainkan. Jikalau tidak mereka naik berang dan menerkam pemain-pemain bunyi-bunyian tersebut.

Untuk membuat persembahan,
tidaklah boleh diteruskan secara melulu.Ada beberapa perkara yang mesti
dipatuhi sebelum memulakan persembahan bagi tujuan keselamatan.Persembahan di
majlis perkahwinan, contohnya, memerlukan tuan rumah menyediakan sedikit “sajen”
dalam sebutan Jawa atau sajian yang berupa makanan atau kuih serta bubur merah
putih,” Khusus untuk penari pula ialah sembilan jenis makanan ringan yang
berlainan.Tarian-tarian yang selalu dipersembahkan ialah tarian Sola,
Selendang,Pak Tani, Pucuk Rebung, Perjuangan, Mempertahankan Diri dan
sebagainya. Lenggang-lenggok di dalam tarian ini dinamakan Lenggang
Kiprah.
Larangan bahawa penonton tarian kuda kepang
tidak boleh mengenakan pakaian berwarna merah dan merokok kerana dikhuatiri
menyebabkan penari hilang kawalan adalah tidak benar(bagi kumpulan kuda kepang sinar warisan),namun begitu ianya bergantung kepada beberapa kumpulan kuda kepang kerana setiap kumpulan kuda kepang mempunyai keunikan yang berbeza.
apa bisa memberi nomer telepon dan juga alamatnya. sapa tau suatu hari nanti kita sesama seniman kuda kepang bisa bertemu dan mengadakan persembahan bersama.amin
ReplyDeleteNombornya 6819523675587
DeleteAlamat di telanai jambi
Nombornya 6819523675587
DeleteAlamat di telanai jambi
Untuk pertanyaan sila call +60177805919
DeleteMemang best masuk kuda kepang saya suka....
ReplyDeleteJin Samigina atau Gamigin. Itulah nama jenis jin ini yg menyerupai kuda kecil atau keldai .. dan patungnya boleh dilihat di kuil hindu..
ReplyDeleteohh maksudnya kalau sekadar kuda kepang xdk apa kan? apa pendapat dr idris tentan kuda kepang dan apa kelemahannya yang sering diperkatakn
DeleteJin Samigina atau Gamigin. Itulah nama jenis jin ini yg menyerupai kuda kecil atau keldai .. dan patungnya boleh dilihat di kuil hindu..
ReplyDeleteDekat malaysia ader x classkuda kepang ni?
ReplyDeleteUntuk pertanyaan sila call 017-7805919 en naim bin marjani
DeleteSaya first time tengok kuda kepang memamg best lahh
ReplyDeleteSelamat pagi, saya nur izhani binti kamaruddin. Saya pelajar Kolej Yayasan Pelajaran Johor. Saya dan ahli kumpulan berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah kuda kepang dan saya berbesar hati juga En.Naim bin Marjani sudi berjumpa dengan kami untuk kami interview encik dan mengenali tentang sejarah kuda kepang. Terima kasih, saya berharap encik dapat mempertimbangkan permintaan saya untuk memberi pengalaman encik tentang kuda kepang dan kerjasama encik dapat membantu kerja kumpulan kami dengan jayanya.

ReplyDeleteX payah amik tau bende² mistik macam NIE haram hukumnya kita orang islam
Deletesrius ah? Tapi kalau ntuk skolah????
Deletesebenarnya bende ni x de kaitan dengan khurafat pun,ini merupakan adat dan tradisi,tidak salah untuk diketahui.Tapi klu tarian ini disalah guna pakai,ianya baru kan mendatangkan kepada syirik.Jadi klu boleh jaga lah adat dan tradisi yang dibawa turun ni untuk generasi akan dtg..nnti x dela in the future mereka main handphhone sahaja,saya pun sedih tgok budak ii skang kecik ii dh pndai main handphone.
DeleteIni semua mistik permainan syaitan jin iblis makhluk halus jauhkan anak² cucu Adam jauhkan bende² haram macam NIE ! Nauzubillah minzalik
ReplyDeleteSyirik terdapat unsur² khurafat dan sebagainya .. jauhkan bahaya !!!
ReplyDeleteIkutlah sunnah² Rasullullah dan buat yang wajib sahaja
ReplyDeleteizinkan saya ambil maklumat sejarah ini untuk kerja sekolah saya,terima kasih :)
ReplyDeleteSeram
ReplyDeleteBagus
ReplyDeletenak tanya kuda kepang ni pengaruh daripada buddha ke
ReplyDelete