BENGKEL KRAFTANGAN SINAR WARISAN





Bengkel kraftangan sinar warisan telah ditubuhkan pada tahun 2002 oleh En Naim Bin Marjani sebagai usaha-usaha menambah pendapatan beliau selain hasil-hasil kerja kampung yang diperolehi.Sebelum penubuhan bengkel , pembuatan kuda kepang bagi beliau hanyalah sekadar kerja sambilan bagi menampung keperluan keluarga. Namun hasil kerja- kerja pembuatan kuda kepang beliau mendapat perhatian sehinggalah pada suatu hari  Perbadanan dan Warisan Kebudayaan Negeri Johor yang sedang mencari pembuat anyaman  kuda kepang  menemui En Naim sebagai usaha meningkatkan kesenian yang ada di negeri Johor. Dari situlah bengkel kraftangan ini  bermula apabila perbadanan kebudayaan memperuntukkan sebanyak RM 5000 bagi membina bengkel untuk membuat kuda kepang. En Naim yang selama ini banyak bergantung hidup pada hasil – hasil tarian kuda kepang dan kerja- kerja kampung akhirnya mengambil keputusan menjadikan pembuatan kuda kepang sebagai salah satu sumber pendapatan tetap beliau selain daripada tarian kuda kepang.sejak daripada itu beliau berusaha sedaya upaya menjadikan kuda kepangnya dikenali ramai seperti mengikuti kursus – kursus anjuran kebudayaan, membuka gerai-gerai ,dan pelbagai lagi  yang akhirnya mendapat perhatian banyak badan-badan kerajaan, bukan kerajaan dan telah memasuki  program media tempatan seperti program rancangan yang dikendalikan oleh tv9,8tv dan banyak lagi. Pada tahun 2005,  Bengkel kraftangan sinar warisan sekali lagi mendapat peruntukkan penambahbaikkan bengkel hasil daripada sumbangan yang  diberi oleh Perbadanan Kraftangan Johor .


Namun,sejak penubuhan bengkel ini ,En Naim hanya bekerja seorang diri tanpa pekerja sehinggalah pada tahun 2006 En Naim mengambil keputusan untuk mengambil seorang pekerja tetap bagi mempermudahkan urusan beliau.Pada tahun itu juga En Naim mendapat surat daripada pelajar IPTA  yang menyatakan hasratnya untuk menjalani latihan praktikal di bengkelnya. Tanpa berfikir panjang beliau  mengambil keputusan mengambil pelajar tersebut dalam usaha-usaha menjadikan kuda kepangnya dikenali serata Malaysia.Tahun berikutnya maka seorang demi seorang pelajar daripada institusi pengajian tinggi menghantar pelajarnya menjalani latihan praktikal di tempatnya sehinggalah kini.tahun demi tahun usaha-usaha penambahbaikan dari segi penghasilan produk  rekaan kuda kepang berkembang bagi menarik lagi perhatian umum dan meningkatkan  mutu penghasilan Kraftangan Kuda Kepang Sinar Warisan.





Sijil pendaftaran kraftangan kuda kepang sinar warisan 
daripada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.








No comments:

Post a Comment

javanese music instrument