KUMPULAN KUDA KEPANG SINAR WARISAN




Kumpulan Kuda Kepang Sinar Warisan ini telah ditubuhkan pada tahun 1959 oleh sekumpulan 15 orang pemuda yang diketuai oleh allahyarham En Abdul Ghani Bin Marsidi.Perubahan kepimpinan dalam kumpulan ini berlaku apabila penghijrahan tokoh tokoh seni ini ke tanah rancangan FELDA pada awal tahun 70 an.Yang patah akan tumbuh,yang hilang kan berganti maka selepas itu seorang ketua kumpulan yang baru dilantik. En Naim bin Marjani@Hj Redzuan telah dipilih mengetuai kumpulan ini sehinggalah sekarang.beliau begitu gigih untuk terus memperjuangkan warisan ini supaya menjadi warisan kebanggan masyarakat Sg Nibong khususnya.Walaupun berbagai rintangan dan cabaran yang dihadapi oleh kumpulan ini terutama pada akhir tahun 70an dan awal 80an, namun semangat ahli-ahli kumpulan yang begitu kental dan komitmen yang tinggi telah berusaha bangkit semula mewarnai aktiviti-aktiviti kesenian di sekitar daerah Batu Pahat dan Muar.Setelah mengalami zaman malapnya, usaha-usaha menambah keahlian baru dilakukan dari semasa ke semasa.

Diakhir tahun 80an kumpulan ini mula melangkah lebih juh dalam kegiatannya. Pada tahun 1992 kumpulan ini telah mewakili daerah Batu Pahat dalam pertandingan tarian kuda kepang asli di karnival Johor dan kumpulan ini muncul sebagai johan dalam pertandingan tersebut.Hasil kemenangan itu membawa kumpulan ini lebih dikenali disegenap peringkat. itu kumpulan ini telah dijemput membuat persembahan di peringkat yang lebih tinggi sehinggalah di peringkat antarabangsa.

kini kumpulan ini masih bergiat aktif dalam membuat persembahan di majlis-majlis tertentu di beberapa tempat di seluruh Malaysia sebagai hiburan masyarakat setempat.Selain daripada itu,kumpulan ini telah dikenali di beberapa tempat dan telah memasuki beberapa program media tempatan seperti program rancangan yang dikendalikan oleh tv9,8tv dan banyak lagi.Budaya  sebeginilah yang menjadikan salah satu kelebihan yang ada pada kumpulan kuda kepang sinar warisan di sg nibong ini.maka tidak hairan lah kumpulan ini telah pun dikenali di seluruh Negara atas berkat doa masyarakat disegenap lapisan masyarakat.



 





No comments:

Post a Comment

javanese music instrument